Alhamdulilah dah sebulan lebih aida buat lasik, selepas 22tahun guna spek mata, perasaan yang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata bila kita dapat melihat dengan jelas tanpa guna spek, sungguh nikmat lagi-lagi bila kita baca alquran bahagia sungguh rasanya!
Oh iye yang belum tahu apa benda tu lasik(laser in-situ keratomileusis)??
lasik ialah satu teknik pembedahan pembetulan untuk merawat masalah rabun.
Pada yang teringin buat lasik aida rekomen buat di Advance Vision damansara, alamat dia korang bole search kat google hehehe.. harga dia memang sangat berpatutan dibanding tempat lain, kalau korang power rendah bawah 300 kos tak sampai RM3000, macam aida power dah tinggi 500 lebih so hargapun keras sikit lah dalam Rm5888 gitu.
Proses dia senang je, korang datang cek mata sesuai buat lasik ke tak, kalau kornea korang terlalu nipis tak sesuai buat lasik namun begitu korang jangan lah sedih ada rawatan guna teknik lain, so korang konsultasi je sesuai teknik yang mana.
Ok aida nak share mesin-mesin yang cek mata kita, stay tuned guys.
Yang paling kelakar cek mata guna mesin yang tiup mata kita, automatik terperanjat hahaha...yang lain kita tengok sinar warna biru, staff akan selalu cakap "tahan sekejap jangan klik mata"
Katakan korang memang sesuai buat lasik, kita buat appointment untuk surgery.
part 1 cek mata FOC (free of charge)
part 2 bayar rm100 cash
part 3 final check dan full payment
part 4 surgery biasa dia buat setiap hari jumaat
PERSEDIAAN SEBELUM PEMBEDAHAN
-korang jangan guna lens selama 1 minggu
-korang kene datang awal 30menit sebelum pembedahan
-korang dinasihatkan jangan menggunakan sembarang solekan dan minyak wangi karena ia boleh mengganggu mesin didalam bilik pembedahan
Haaa...time pembedahan ni korang dinasihatkan ada kawan untuk pimpin korang masuk kete, tak dah lah korang meraba hahaha gurau ar masih boleh nampak sebenarnya.
Kita dapat kawan sama-sama buat lasik, tudung memang buka guna anak tudung je kemudian pakai baju yang disediakan.
Keadaan dia macam gambar diatas proses lasik setiap mata mengambil masa 2menit je.. tak da lamapun, dan kita tak merasakan sakit, mata kita rasa sejuk je... dokter siap berborak dengan kita "dear sakit tak?" aida diam je fokus tengok cahaya biru sampai dokter tu ulang 2x baru ku jawab. haha jahat.
Selepas buat lasik mata kita memang merah macam zombi tapi still nampak cover pakai spek mata hitam, nanti dokter bekalkan obat kalau rasa sakit boleh makan, 2jam selepas pembedahan jeng...jeng... pedih gila huwawa....biji mata kita asik keluar air mata je sampai bengkak beb...titis obat yang dokter bagi, tapi aida ada add on vitamin power resv dengan carotomax 2hari dah recover, dah elok tepon geng kita habis buat lasik, dia pun excited tapi takut nak buat hahaha...
Tapi korang jangan pelik masa penyembuhan mata kita kejap terang kejap tak nampak itu ok je jangan risau proses penyembuhan dokter katapun.
Lama-lama oke dah macam biasa.
Ni masa follow up mata dah elok nampak ceria, kalau tak bad mood aje.
Oh iya aida nak kongsi serba sedikit suplemen yang aida makan masa buat lasik aida makan vitamin A carotomax dengan resv.
Apa kebaikan Carotomax👇
Caratomax mambekalkan lebih 13mg (21.500IU) karotenoid berfaedah ini.
Karotenoid menyokong mata yang sihat dan daya penglihatan yang baik! Tubuh manusia tidak dapat menghasilkan karotenoid yang diperlukan secara semulajadi.
Dapatkan jumlah karotenoid harian melalui pengambilan makanan dapat membantu mengekalkan kesihatan mata.
Berikut adalah 6 karotenoid bermanfaat yang diperlukan untuk kesihatan badan dan mata.
-BETA KAROTENA
Sumber utama vitamin A. Menyokong penglihatan apabila cahaya kurang dan penglihatan waktu malam.
-ALFA KAROTENA
Menjadi vitamin A dalam badan. Menyokong penglihatan yang sihat dan mengurangkan ketegangan mata.
-ASTAKSANTIN
Meningkatkan aliran darah ke retina untuk memberi fokus yang lebih baik kepada objek berhampiran.1
-ZEAXANTIN
Menyaring pancaran cahaya biru dari peranti elektronik dan sinaran UV untuk mengekalkan penglihatan yang sihat.
-LUTEIN
Mengekalkan kejelasan kanta semula jadi mata dengan meneutralkan pengoksidaan terutamanya dari sinar UV dan cahaya biru.
-LIKOPENA
Membentuk lapisan pelindung untuk mengekalkan kesihatan
Kebaikan ResV pulak👇
-Melindungi dan membaiki DNA
-Melindungi mata dan menyokong kesihatan mata
-Tuntas tindak balas keradangan orang yang sihat kepada makanan yang tidak sihat
-Impak secara positif pengeluaran tenaga selular
ok sekian citer pengalaman aida buat lasik semoga coretan ni bermanfaat.
4 Ulasan
Hi sis, berapa lama tempoh untuk jaga mata lepas operation?
BalasPadamhai sis sorry lambat reply kl ikut saranan doc pakai spek mata hitam 6bulan gtew saya seminggu je... 2hr mata dah elok tak bengkak dan air mata dah tak keluar dah macam biasa tp kl keluar pakai spek mata hitam, btw tq singgah diblog aya...
Padamhye sis..sy baru 2 mnggu lasik ni..nk tnye..mmg normal ye mata mcm kejap nmpk dan x..and tulisan halus still susah nmpk..kalau tgk pc and phone..masih kurang jelas.... tp tulisan besar clear dah..and smpai bila eh tempoh nk fully clear mata..thanksss
BalasPadamHaah normal proses penyembuhan itu sis... tp aida add on vitamin shaklee tu yg cepat recovery.
Padam